Dasar & Perjanjian
   
 
Komitmen kami
Di MMOG.asia Portal ("MMOG.asia"), kami berbangga dengan komiten kami untuk melindungi privasi anda. Kami menghargai kepercayaan anda terhadap kami dan ingin meyakinkan anda bahawa kami akan menggunakan maklumat yang dikumpul oleh kami semata-mata untuk menyediakan pengalaman permainan yang disesuaikan khusus buat anda. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kami, agar anda teruja untuk menggunakan perkhidmatan kami dan dapat mengesyorkan kami kepada rakan dan keluarga anda. Sila baca dasar berikut untuk memahami bagaimana maklumat peribadi anda ditangani semasa anda menggunakan sepenuhnya pelbagai penawaran kami.

Jaminan privasi
MMOG.asia berjanji tidak akan menyewakan, menjual, berkongsi, bertukar atau dengan sebarang cara lain menggunakan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi yang dikumpul semasa anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami tanpa kebenaran terdahulu daripada anda (kecuali sebagaimana didedahkan sebaliknya dalam Dasar Privasi ini).

Dari semasa ke semasa kami mungkin mendedahkan maklumat statistik am tentang penggunaan produk dan perkhidmatan kami dan pelawat, misalnya, bilangan pelawat, bilangan dan jenis barangan dan perkhidmatan yang dibeli menggunakan Mcoins, etc., tetapi kami tidak akan merujuk kepada nama atau maklumat peribadi khusus anda.

Kepercayaan anda menjadi keutamaan kami.

Maklumat yang kami kumpul daripada anda
Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami akan mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi anda daripada anda. Tujuan utama kami berbuat demikian adalah untuk menyediakan pengalaman yang cekap, lancar dan disesuaikan semasa anda menggunakan perkhidmatan kami. Dengan itu, kami dapat menyediakan perkhidmatan dan ciri-ciri yang kemungkinan besar dapat memenuhi keperluan anda, dan untuk menyesuaikan perkhidmatan kami agar pengalaman anda lebih mudah dan pantas.

Untuk menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda perlu mendaftar di www.mmog.asia menggunakan borang pendaftaran dalam talian kami, dan anda dikehendaki memberikan maklumat tertentu kepada kami, iaitu alamat e-mel anda, kata laluan akaun, nama pengguna dan soalan keselamatan. Anda tidak dapat menggunakan produk dan perkhidmatan kami jika anda tidak memberikan maklumat yang diperlukan dan menyetujui Terma-terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi ini apabila diminta berbuat demikian. Anda juga akan diberikan pilihan untuk memberikan maklumat peribadi lain misalnya nombor pengenalan anda (yang dikehendaki bagi permintaan pengembalian dan pertanyaan berkaitan akaun), jantina, hari jadi, nombor telefon dan alamat pos.

Kami boleh secara automatik mengesan maklumat tertentu tentang anda berdasarkan perilaku anda di laman kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menjalankan penyelidikan dalaman tentang demografik, minat dan perilaku pengguna kami supaya kami dapat memahami dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka. Maklumat ini disusun dan dianalisis atas dasar agregat. Maklumat ini mungkin termasuk URL yang baru anda lawati (sama ada URL ini di laman kami atau tidak), URL yang anda lawati selepas ini (sama ada URL ini di laman kami atau tidak), apakah pelayar yang anda gunakan, dan alamat IP anda.

Jika anda memilih untuk membuat pembelian menggunakan Mcoins, kami mengumpul maklumat tentang perilaku pembelian anda. Kami juga mengumpul komen pengguna lain tentang anda dalam ruang maklum balas kami.

Jika anda menghantar surat peribadi kepada kami, misalnya e-mel atau surat, kami boleh mengumpul maklumat tersebut ke dalam satu fail khusus tentang anda.

Bagaimana kami menggunakan maklumat yang dikumpul daripada anda?
Data Pendaftaran dan maklumat tertentu lain tentang anda adalah tertakluk kepada Dasar Privasi ini yang digabungkan melalui rujukan ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Terma-terma Perkhidmatan kami. Dengan memberikan Data Pendaftaran dan maklumat tertentu lain tentang anda kepada MMOG.asia, anda bersetuju dan mengakui bahawa MMOG.asia boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, dan bahawa anda membenarkan pendedahan tersebit.

Maklumat yang kami kumpul digunakan untuk membina ciri-ciri yang memastikan penggunaan perkhidmatan kami suatu pengalaman yang lebih mudah dan lebih peribadi. Ini termasuk permintaan pembelian yang lebih cepat, sokongan pelanggan yang lebih mantap, penawaran produk yang diperbaik dan makluman lebih pantas tentang perkhidmatan MMOG.asia yang baru dan tawaran istimewa. Kami percaya penggunaan ini membolehkan kami memperbaik laman kami dan menyesuaikannya agar memenuhi keperluan anda.

Kami juga boleh menggunakan maklumat anda untuk memberikan maklumat kepada anda yang, ada kalanya, disasarkan kepada minat anda, seperti perkhidmatan dan promosi baru.

Kami boleh menggunakan alamat e-mel anda, alamat pos anda dan nombor telefon untuk menghubungi anda berhubung dengan notis pentadbiran, penawaran produk baru, dan komunikasi berkenaan dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda.

Pendedahan maklumat anda oleh kami
Kami menggunakan maklumat dalam fail yang disimpan oleh kami tentang anda, dan maklumat lain yang kami perolehi daripada aktiviti anda di laman pada masa ini dan di masa lalu, untuk menyelesaikan pertikaian, menangani masalah dan menguatkuasakan Terma-terma Perkhidmatan, termasuk Dasar Privasi ini. Kadang kala, kami mungkin akan meneliti pelbagai pengguna untuk mengenal pasti masalah, atau menyelesaikan pertikaian, dan khususnya ada kalanya kami mungkin akan menilai maklumat anda untuk mencari pengguna yang menggunakan pelbagai nama pengguna atau alias.

Malangnya, disebabkan persekitaran kawal selia semasa, kami tidak dapat memastikan bahawa semua komunikasi sulit anda dan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi tidak akan didedahkan dalam cara yang sebaliknya tidak diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Misalnya (tanpa membataskan perkara yang disebut sebelum ini), kami mungkin terpaksa mendedahkan maklumat kepada kerajaan atau pihak ketiga dalam keadaan tertentu, atau pihak ketiga mungkin dengan salah menyekat atau mengakses penghantaran atau komunikasi sulit. Kami boleh (dan anda membenarkan kami) mendedahkan sebarang maklumat tentang anda kepada pegawai penguatkuasa undang-undang atau pegawai kerajaan lain yang kami anggap perlu atau sesuai, menurut budi bicara tunggal kami, berhubung dengan penyiasatan tentang penipuan, pelanggaran harta intelek, atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang atau boleh mendedahkan kami kepada liabiliti undang-undang. Selanjutnya, kami boleh (dan anda membenarkan kami) mendedahkan nama pengguna, nama, alamat jalan, bandar, negeri, poskod, negara, nombor telefon, e-mel dan syarikat anda sebagaimana kami anggap perlu atau sesuai, menurut budi bicara tunggal kami, berhubung dengan penyiasatan tentang penipuan, pelanggaran harta intelek, cetak rompak atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang. Oleh itu meskipun kami menggunakan amalan yang standard dalam industri untuk melindungi privasi anda, kami tidak berjanji dan anda tidak harus menjangka, bahawa maklumat anda yang dapat dikenal pasti secara peribadi atau komunikasi sulit anda akan kekal sulit.

Bagaimanakah kami melindungi maklumat anda?
Apabila anda membuat pesanan atau mengakses maklumat akaun anda, kami menawarkan penggunaan pelayan selamat ("secure server"). Perisian pelayan selamat (SSL) menyulitkan semua maklumat yang anda berikan sebelum dihantar kepada kami. Selanjutnya, semua data pelanggan yang kami kumpul dilindungi terhadap akses yang tidak dibenarkan.

Bagaimana dengan privasi kanak-kanak?
Kami meminta agar kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun) tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada kami. Jika anda seorang kanak-kanak di bawah umur, anda hanya boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan kebenaran/di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga anda.

Akses atau perubahan maklumat anda yang dapat dikenal pasti secara peribadi
Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, kami akan mengenal pasti identiti anda sebelum memberikan akses atau membuat perubahan pada maklumat anda yang boleh dikenal pasti secara peribadi. Jika anda ingin mengakses, membetulkan atau membataskan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi yang telah diberikan oleh anda kepada kami, anda boleh mengemaskinikan profil anda di dalam talian dengan log masuk ke dalam akaun anda. Jika anda telah mendaftarkan profil anda di laman www.mol.com kami, nama pengguna dan kata laluan anda diperlukan untuk mengakses maklumat profil anda.

Amalan am tentang penggunaan dan penyimpanan data peribadi
Anda mengakui bahawa MMOG.asia boleh menurut budi bicara tunggalnya mewujudkan amalan dan had am melibatkan penggunaan produk dan perkhidmatan, termasuk tanpa had, cara bagaimana produk dan perkhidmatan boleh digunakan. Anda mengakui bahawa MMOG.asia merizab hak untuk menutup akaun yang tidak aktif bagi tempoh selama tujuh (7) tahun. Anda seterusnya mengakui bahawa MMOG.asia merizab hak untuk memodifikasi amalan dan had am ini pada bila-bila masa, menurut budi bicara tunggalnya, dengan atau tanpa notis, dan anda bersetuju bahawa penggunaan produk dan perkhidmatan MMOG.asia dengan berterusan oleh anda selepas modifikasi tersebut bererti anda bersetuju terikat oleh amalan dan had am yang dimodifikasi.

Keselamatan
Untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan, mengekalkan ketepatan data, dan memastikan penggunaan maklumat dengan tepat, kami akan menggunakan kaedah dan teknologi keselamatan Internet yang munasabah dan terkini.

Sebarang perubahan pada Dasar Privasi kami akan dimaklumkan melalui laman web kami sekurang-kurangnya 10 hari sebelum dilaksanakan. Maklumat yang dikumpul sebelum perubahan dibuat akan dikendalikan menurut Dasar Privasi sebelum itu.

Kebenaran anda
Dengan menggunakan produck dan perkhidmatan MMOG.asia kami, anda membenarkan maklumat peribadi anda dikumpul dan digunakan oleh MMOG.asia. Jika kami membuat keputusan untuk mengubah Dasar Privasi kami, kami akan memaparkan perubahan ini di laman kami supaya anda sentiasa mengetahui tentang maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, dan bila kami boleh mendedahkannya.

Hubungi kami
Kami mengalu-alukan soalan dan komen anda tentang dasar privasi kami. Sila hubungi pasukan sokongan penjagaan pelanggan kami melalui helpdesk.mmog.asia.